| 3 comments ]



Precise Farm mengeluarkan produk mini set fertigasi untuk mereka yang ingin memulakan projek fertigasi mini dihalaman rumah.Set ini dilengkapi dengan manual yang lengkap supaya pelanggan dapat memasang sendiri sistem fertigasi di halaman rumah mereka.

Tanpa memerlukan tapak yang besar dan tenaga, ia amat mudah untuk digunakan dan diuruskan oleh sesiapa sahaja. Ia boleh diusahakan oleh semua orang samada suri-rumah mahupun yang bekerja untuk dijadikan sebagai hobi pada masa lapang.

Apakah kebaikan mini set fertigasi ?
Hanya dengan kos yang sangat rendah , anda dapat memiliki kebun mini fertigasi bersaiz 20 ,32 ataupon 64 pokok bergantung kepada keluasan halaman anda.

Bermacam macam tanaman dapat dihasilkan dengan mini set fertigasi ini seperti buncis , cili , terong , timun , bunga dan lain lain lagi.

Cuba anda bayangkan keuntungan yang diperolehi apabila sayuran sayuran dapat ditanaman sendiri dihalaman rumah. Anda boleh menjimatkan kos dapur dan juga menjuga menjual hasil tanaman untuk pendapatan tambahan.

- Sesuai untuk tanaman di rumah berhalaman kecil dan sederhana.

- Meminima tenaga untuk pengurusan tanaman. Siraman dilakukan secara AUTOMATIK melalui Sistem Timer berbanding dengan kaedah siraman secara MANUAL.

- Penggunaan air dan baja secara lebih teratur dan menjimatkan penyaluran terus kepada pokok melalui polypaip.

- Sebagai set percubaan kepada peminat pertanian sebelum menceburi dalam pertanian berskala besar.

- Sebagai set pembelajaran untuk matapelajaran
kemahiran hidup bagi sekolah rendah dan menengah.


Produk mini set kami :

Pakej Mini set fertigasi : 20 pokok
Pakej Mini set fertigasi : 32 pokok
Pakej Mini set fertigasi : 64 pokok


Contoh Mini Set 20 pokok


Keluasan 8 ft x 10 ft

_____________________________________

Contoh Mini Set 32 Pokok


Keluasan 8 ft x 16 ft
_____________________________________

Contoh Mini Set 64 Pokok


Keluasan 16 ft x 16 ft


Apakah yang anda perolehi dengan mini set kami ?

BENIH DAN SEMAIAN
Biji benih Cili Kulai/Buncis*
1 unit Tray Semaian
Peat Moss (Media Semaian)

MEDIA TANAMAN
Coco Peat**.
Sekam Bakar (Media Tanaman)**
Polibag putih UV (16"x16")*

PERALATAN PAIP DAN SIRAMAN
Dripper bengkok*
Nipper/Start Joiner 4mm*
Micro Tube 4mm*
2 unit Off Take Valve/Quick Action Valve 16mm
1 unit Penebuk Lubang Efektif 4 mm
Poly Equal Elbow (EE) 16mm*
Poly Equal Tee (ET) 16mm*
Poly Pipe (Paip Saliran) 16mm*
Hamparan Silver Shine 4' x 0.04mm*
1 set Baja Fertigasi AB 10 Liter
1 Set Pam Air

PERALATAN PENYUKAT
1 unit Digital Timer
1 unit Bekas Pengukur Baja (ml)
Panduan ringkas pemasangan dan Jadual Penyiraman Baja Air.

PERALATAN LAIN YANG DIPERLUKAN (TIDAK
DI SEDIAKAN DALAM PAKEJ)
1 unit Tong sebagai bekas simpanan air
Batu bata pasir*

Khidmat nasihat pemasangan dan penjagaan tanaman adalah PERCUMA.

* Bilangan unit peralatan bergantung kepada pakej yang dipilih.
** Pembelian Pakej lengkap hanya untuk pengambilan sendiri di lokasi
kami.Pakej Penghantaran pos tidak termasuk cocopeat dan sekam.


Harga Pakej 1 : Mini set fertigasi 20 pokok
Harga Pakej Lengkap : RM 199
Harga Pakej Pos :RM 190 + RM20(penghantaran pos)

Harga Pakej 2 : Mini set fertigasi 32 pokok
Harga Pakej Lengkap : RM 250
Harga Pakej Pos :RM 230 + RM20(penghantaran pos)

Harga Pakej 3 : Mini set fertigasi 64 pokok
Harga Pakej Lengkap : RM 450
Harga Pakej Pos :RM 420 + RM20(penghantaran pos)
--------------------------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN PEMASANGAN

Kini kami telah menambah perkhidmatan Pemasangan untuk mini set fertigasi bagi kawasan Larut,Matang dan Selama dan sekitar Sahaja:-

- Penghantaran set mini dan pancang ke lokasi anda
- Memasang sistem fertigasi dan pancang (buluh)
- Pendawaian mudah untuk sistem timer.

Harga : RM 200

Contoh Perkhidmatan Pemasangan


Pancang/Teralis : Bergantung pada pilihan tanaman




3 comments

SK BALIK PULAU said... @ May 6, 2009 10:37 PM

Boleh tak kalau bayar guna LO kerajaan

SK BALIK PULAU said... @ May 14, 2009 5:02 PM

bro update lah.
saya berminat, sila email saya d cikgublues@yahoo.com

eddy said... @ May 22, 2009 6:53 AM

Mohon maaf cikgu.Saya tak perasan.Saya dah mail pd email cikgu

Post a Comment