Showing posts with label Ladang Kami. Show all posts
Showing posts with label Ladang Kami. Show all posts
| 0 comments ]

Tapak 2 kini telah berjaya di sempurnakan.Kini ia sedang di dalam proses percubaan saliran polypaip.Alhamdulillah setakat ini tiada masalah besar yang timbul.


Pandangan Sisi



Pandangan Hadapan



Telaga

Permasalahan yang ditumpukan kini ialah telaga.Didapati air telaga ini agak lambat untuk di kumpul kembali selepas di gunakan.Kemungkinan mata air nya terkambus sedikit dengan pasir.Pembersihan perlu dilakukan sepenuhnya untuk mendapat paras air yg memuaskan.


Rumah Pam & Setor


Oleh kerana masalah hujan yg terlampau lebat di Taiping,benih buncis di tapak ini terpaksa di tanam dahulu di tapak semaian berbumbung.bagi mengelakkan anak benih patah.

| 3 comments ]

Laporan dari Tapak 1



Kini usia pokok buncis di tapak ini telah mencapai 32 hari atau 4 minggu 4 hari.Keadaan pokok agak baik dengan walaupon kini Taiping menerima hujan yg agak banyak.


Keadaan Pokok.



Pada kali ini kami telah menggunakan 2 jenis benih iaitu biji hitam dan biji putih. Perbandingan yg jelas dapat dilihat kepada kedua2nya:-

1. Pertumbuhan - biji putih lebih cepat dan gebu pokoknya jika dibandingkan dengan biji hitam
2. Ketahanan - biji hitam lebih tahan dari serangan penyakit.
3. Penyemaian - Kadar kejayaan biji hitam untuk tumbuh lebih tinggi dr biji putih
4. Pengeluaran hasil - akan dikemaskini kelak



Kaedah Peracunan.



Serangan Pelombong Daun

Memandangkan keadaan lokasi yang menerima hujan yg banyak, beberapa tindakan yang telah diambil:-

1. Pelekat di gunakan
2. Jadual meracun dikerapkan kepada 2x seminggu.

Kami juga sedang dalam proses menggantikan racun kimia kepada racun organik.Insyallah hasil kajian akan di keluarkan tidak lama lagi.

Kaedah Pembajaan(Dalam tempoh percubaan)

Oleh kerana faktor kewangan, kami telah menggantikan kaedah baja fertigasi dengan hanya menggunakan baja tabur NPK Blue.Namun penggunaan baja NPK Blue menyebabkan

1. pokok lecur-baja terlampau dekat dengan pokok di dalam polybag
2. masalah jadual pembajaan.

Penyelesaian kami berbentuk "try and error".Harap dapat orang yang lebih pengalaman memberi pendapat.

1. Cuba mencairkan NPK dengan kadar yang cepat.Paip 50mm dipotong sepanjang 1 inci dan dijadikan bekas baja di dalam polybag.Pen dripper dicucuk di tengah2 paip tadi.Sila rujuk gambaran di bawah.




2. Jadual Pembajaan mengikut kaedah konvensional iaitu pada minggu kedua,keempat dan ke enam.Pemerhatian keadaan pokok dan kadar ph media juga di ambil kira dalam menentukan jadual ini.

Penyelesaian ini setakat ini agak berjaya dan mampu mengurangkan kos baja.

| 0 comments ]

Ladang Kami




Tapak 1 : Taman Bukit Jana


Ladang ini mula dibuka pada Mei 2008.Kini ia menempatkan kira kira 1500 polibeg . Setakat ini ladang ini telah mengeluarkan hasil utk cili semusim sebelum digantikan dengan tanaman buncis.




Tapak 2 : Kg Rahmat ( Dijangka Siap Awal April 2009)


Tapak ladang ini adalah seluas satu ekar.Namun untuk fasa pertama, hanya 1/3 ekar telah dibangunkan dengan sistem fertigasi.Fasa pertama dijangka akan mula beroperasi pada Mei 2009.Perancangan untuk fasa kedua pula adalah untuk tanaman komersil secara konvensional.