Penyukat Masa (Timer)
Pam Air
Penapis Air
Paip Utama
Injap (Valve)
Paip Sub
Penitis
Penyambung Paip (fitting)
Cara pemilihan penapis air
penapis spesifikasi 120 mesh dan ke atas amat sesuai digunakan untuk sistem fertigasi.
Bergantung kepada sumber air, gunakan penapis MESH atau DISC.
Contoh :
mudah, jika anda menggunakan air bersih (paip atau air bawah tanah yang
bersih) gunakan penapis MESH yang berupa jaring walaupun mesh nya agak
rendah. Jika punca air anda ialah air parit atau sungai, gunakan penapis
DISC yang mesh nya 120 mesh ke atas.
Cara mudah : Jika anda menggunakan paip utama 25mm gunakan minima
penapis 25mm
Cara pemilihan pam air
Pastikan anda mengira dahulu kadar aliran yang anda perlukan untuk
keseluruhan sistem anda dan pengembangan masa hadapan. Tekanan pam
pula mestilah 3 kg/cm2 ke atas.
Spesifikasi lain seperti kuasa kuda dsb
kurang memberi panduan, cuma semakin tinggi kuasa kuda semakin tinggi
tekanan yang boleh dihasilkan,.
Pastikan anda tahu kadar titisan penitis air yang digunakan. Gunakan
jadual di bawah untuk menentukan saiz paip utama dan paip sub.
Contoh :
Anda menggunakan pen penitis (pen dripper) dengan kadar titisan 2 liter
sejam (2LPH) untuk menyiram 1000 pokok. Kadar titisan sejam untuk 1000
pokok ialah 2LPH X 1000 pokok = 2000 LPH (2000 liter sejam) = 2000/60
liter seminit = 33.33 LPM.
Dari jadual di atas anda perlu menggunakan paip
utama saiz 1 inci ke atas jika anda menggunakan paip PVC atau paip utama
saiz 32mm ke atas jika anda menggunakan paip poli.
Jadi jika anda menggunakan paip poli 16mm sebagai paip sub, bilangan pen
penitis yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
Paip poli 16mm boleh mengalirkan air pada kadar 15 LPM, satu pen penitis
boleh menitiskan air pada kadar 2 LPH = 0.0333 LPM, jadi bilangan
maksima pen penitis = 15/0.0333 = 450 batang pen penitis.
Dari data di atas juga, jika anda perlu menyiram pokok anda selama 10
minit untuk setiap kali siraman, setiap pokok memerlukan 0.0333 LPM X 10
=0.333 liter untuk 10 minit. Jika anda menyiram 1000 pokok, anda
memerlukan 0.333 X 1000 = 333 liter, bermakna, anda memerlukan tangki
air 333 liter ke atas untuk menyiram 1000 pokok selama 10 minit. Juga
bermakna anda perlukan pam air yang dapat mengepam 333/10 = 33.3 LPM.
Panjang paip utama dan paip sub juga boleh ditentukan dengan jadual di
bawah :
Jika anda menggunakan paip poli 16mm, bermakna aliran air ialah 15 LPM,
bermakna panjang yang dibenarkan hanyalah ~ 50m.
AWAS : Pen penitis yang berada dipasaran boleh menitiskan air sehingga 6
LPH mengikut tekanan air. Gunakan ‘ Pressure Compensated Dripper ‘ jika
anda mahukan sistem yang lebih tepat. ‘ Pressure Compensated Dripper
‘ ialah penitis yang tidak berubah walaupun tekanan bertambah.
Contoh :
Pressure Compensated (PC) Dripper 2 LPH hanya akan menitiskan air
sebanyak 2 LPH walaupun tekanan naik sehingga 5 kg/cm2. Bermakna,
kadar siraman anda akan lebih tepat dan anda boleh menambah bilangan
penitis untuk suatu panjang paip sub yang sama.
*** Dapatkan ‘Unit Online Converter’ di http://www.onlineconversion.com
untuk menukar LPM ke LPH dan sebagainya.
Apa Itu Sistem Pengairan (fertigasi) ?
Sistem pembekalan air atau baja kepada tumbuhan
Mengapa ?
Semua tumbuhan pada amnya memerlukan air dan baja yang mencukupi untuk
tumbuhan membesar dan berbuah pada tahap yang optimum.
Bagaimana ?
Pelbagai kaedah telah di bangunkan dan di guna pakai. Antaranya :
1. Sistem Pengairan Titis ( Drip Irrigation System )
2. Sistem Pengairan Renjis ( Sprinkler / Spray Irrigation System )
3. Sistem Pengairan Kabus ( Fog / Mist Irrigation System)
Sistem Pengairan Titis
Secara amnya, susun atur sistem pengairan titis adalah seperti rajah di
bawah :
Sistem pengairan titis merupakan sistem pengairan paling efektif setakat
ini. Air terus dibekalkan kepada akar pada kadar titisan purata 2 liter
sejam ( 2 LPH).
Disebabkan air dibekalkan secara titis, air akan meresap
ke dalam tanah dan bukan melimpah di atas permukaan tanah.
Penerangan mudahnya, air di pam dari sumber air ke penapis air ke
paip utama ke paip sub ke penitis air (dripper) ke akar pokok.

Harga Kami : RM 120
proses siraman baja AB adalah amat penting didalam kaedah pertanian fertigasi.Sekira Sukatan baja dan air yang diberikan kepada tanaman tidak mencukupi ataupon seimbang ini akan menjejaskan pertumbuhan tanaman itu sendiri dalam mendapatkan hasil yang optimum.
Baja AB diberikan kepada tanaman dalam bentuk larutan. Larutan A dan B di campur sehingga mencapai bacaan Electric conductivity (EC) yang sesuai.
Baja dan air boleh diberikan secara automatik melalui pam dan timer yang dipasang pada sistem fertigasi. Baja dan air boleh dibekalkan antara 3 sehingga 5 kali sehari begantung kepada sesuaian cuaca dan tanaman.
