| 2 comments ]


Contoh Dulang Semaian

Penyediaan Biji Benih

1. Pilih biji benih pilihan anda.Terdapat pelbagai jenis biji benih cili di pasaran cth:-hybrid F1,hot chili,long cili dan sebagai nya.Pilih juga jenama yg di iktiraf oleh peladang berpengalaman untuk mengelakan vieriti bercampur terlampau banyak dlm satu tin biji benih.
2. Sediakan biji benih lebih 30%-20% daripada jumlah keperluan.


Penyediaan bekas semaian

1.Sediakan dulang semaian 104 lubang.
2. Sediakan media semaian.Pilihan adalah habuk sabut atau peat moss
- Satu (1) beg ‘peat moss’ 70L cukup untuk 20 dulang semaian yang mengandungi 104 lubang
- Satu beg habuk sabut cukup untuk 20 – 30 dulang semaian yang mengandungi 104 lubang atau 500 pot plastic
3.‘Peat moss’, terus isi didalam dulang semaian.Jika menggunakan habuk sabut, rendam didalam larutan nutrient yang mempunyai kepekatan + 1.5 mS/cm terlebih dahulu)>jgn padatkan habut sabut.


Contoh rumah semai mudah

Penyemaian

1.Rendam benih cili dengan campuran air + previcure + booster semalaman.
2.Tanam 1 benih pada satu lubang pada dulang semaian.
3.Biji benih ditanam 0.5 sm daripada permukaan media yang lembap. Tutup biji benih dengan media.Letak semaian di atas para.



Contoh Alatan Siraman

Siraman dan Rawatan

1.Kekalkan kelembapan sekitar 70% dengan semburan halus/kabus.Jika guna ‘peat moss’ gunakan semburan halus 1-2 hari/ tetapi jika guna habuk sabut, kekerapan siraman ialah 1 – 2 kali sehari.
2.Rawat dengan racun kulat "previcure" 1-2 kali seminggu.


2 comments

ANAK PAK UTUH said... @ May 30, 2009 at 7:00 AM

Boleh beri cadangan jenis racun paling sesuai utk mengatasi masalah "daun cili kerinting"?. Lebih mudah kalau dapat nyatakan jenama secara khusus.

Mohd Syafiq Mohd Said said... @ October 17, 2011 at 2:13 AM

Kalau guna sekam bakar sahaja untuk buat semaian benih, oke tak? Mohon feedback.

Post a Comment