[9:23 AM
|
3
comments
]
Kini usia pokok buncis di tapak ini telah mencapai 32 hari atau 4 minggu 4 hari.Keadaan pokok agak baik dengan walaupon kini Taiping menerima hujan yg agak banyak.
Keadaan Pokok.
Pada kali ini kami telah menggunakan 2 jenis benih iaitu biji hitam dan biji putih. Perbandingan yg jelas dapat dilihat kepada kedua2nya:-
1. Pertumbuhan - biji putih lebih cepat dan gebu pokoknya jika dibandingkan dengan biji hitam
2. Ketahanan - biji hitam lebih tahan dari serangan penyakit.
3. Penyemaian - Kadar kejayaan biji hitam untuk tumbuh lebih tinggi dr biji putih
4. Pengeluaran hasil - akan dikemaskini kelak
Kaedah Peracunan.
Memandangkan keadaan lokasi yang menerima hujan yg banyak, beberapa tindakan yang telah diambil:-
1. Pelekat di gunakan
2. Jadual meracun dikerapkan kepada 2x seminggu.
Kami juga sedang dalam proses menggantikan racun kimia kepada racun organik.Insyallah hasil kajian akan di keluarkan tidak lama lagi.
Kaedah Pembajaan(Dalam tempoh percubaan)
Oleh kerana faktor kewangan, kami telah menggantikan kaedah baja fertigasi dengan hanya menggunakan baja tabur NPK Blue.Namun penggunaan baja NPK Blue menyebabkan
1. pokok lecur-baja terlampau dekat dengan pokok di dalam polybag
2. masalah jadual pembajaan.
Penyelesaian kami berbentuk "try and error".Harap dapat orang yang lebih pengalaman memberi pendapat.
1. Cuba mencairkan NPK dengan kadar yang cepat.Paip 50mm dipotong sepanjang 1 inci dan dijadikan bekas baja di dalam polybag.Pen dripper dicucuk di tengah2 paip tadi.Sila rujuk gambaran di bawah.
2. Jadual Pembajaan mengikut kaedah konvensional iaitu pada minggu kedua,keempat dan ke enam.Pemerhatian keadaan pokok dan kadar ph media juga di ambil kira dalam menentukan jadual ini.
Penyelesaian ini setakat ini agak berjaya dan mampu mengurangkan kos baja.
3 comments
lawaknya pakai baja NPK tapi pakai dripper...hehehe..ko kene tggu hujan turun dululah baru cair baja tu nampak nye.
En Su.Satu hari 4x air kosong dr dripper tuh kuar.Bekas pvc tu function utk mengepung air yg keluar dr dripper dan mencairkan baja.
En Su boleh dtg ke ladang utk melihat bagaimana ia berfungsi.Kami cuma mahu mengurangkan kos dan mendapat hasil tinggi.
Terima kasih.
-eddy-
Tidak ke ada nutrien dari baja NPK yg terpeluap menjadi gas?
Apa kata tutup baja tu dgn mediun. Poli paip pula dibenam lebih panjang ke dalam medium.
Ada try tak buat kawalan ( sebagai perbandingan) dgn yg tidak dilakukan baja tabur NPK. Jika ada mana satu lebih subur?
Berapa kadar kuantiti baja NPK tu?
Tahniah! kerana berani mencuba sesuatu yg baru.Yakinlah suatu hari pasti ada penemuan.
Post a Comment