| 0 comments ]

Pastikan anda tahu kadar titisan penitis air yang digunakan. Gunakan
jadual di bawah untuk menentukan saiz paip utama dan paip sub.



Contoh :
Anda menggunakan pen penitis (pen dripper) dengan kadar titisan 2 liter
sejam (2LPH) untuk menyiram 1000 pokok. Kadar titisan sejam untuk 1000
pokok ialah 2LPH X 1000 pokok = 2000 LPH (2000 liter sejam) = 2000/60
liter seminit = 33.33 LPM.

Dari jadual di atas anda perlu menggunakan paip
utama saiz 1 inci ke atas jika anda menggunakan paip PVC atau paip utama
saiz 32mm ke atas jika anda menggunakan paip poli.

Jadi jika anda menggunakan paip poli 16mm sebagai paip sub, bilangan pen
penitis yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
Paip poli 16mm boleh mengalirkan air pada kadar 15 LPM, satu pen penitis
boleh menitiskan air pada kadar 2 LPH = 0.0333 LPM, jadi bilangan
maksima pen penitis = 15/0.0333 = 450 batang pen penitis.

Dari data di atas juga, jika anda perlu menyiram pokok anda selama 10
minit untuk setiap kali siraman, setiap pokok memerlukan 0.0333 LPM X 10
=0.333 liter untuk 10 minit. Jika anda menyiram 1000 pokok, anda
memerlukan 0.333 X 1000 = 333 liter, bermakna, anda memerlukan tangki
air 333 liter ke atas untuk menyiram 1000 pokok selama 10 minit. Juga
bermakna anda perlukan pam air yang dapat mengepam 333/10 = 33.3 LPM.

Panjang paip utama dan paip sub juga boleh ditentukan dengan jadual di
bawah :



Jika anda menggunakan paip poli 16mm, bermakna aliran air ialah 15 LPM,
bermakna panjang yang dibenarkan hanyalah ~ 50m.

AWAS : Pen penitis yang berada dipasaran boleh menitiskan air sehingga 6
LPH mengikut tekanan air. Gunakan ‘ Pressure Compensated Dripper ‘ jika
anda mahukan sistem yang lebih tepat. ‘ Pressure Compensated Dripper
‘ ialah penitis yang tidak berubah walaupun tekanan bertambah.

Contoh :

Pressure Compensated (PC) Dripper 2 LPH hanya akan menitiskan air
sebanyak 2 LPH walaupun tekanan naik sehingga 5 kg/cm2. Bermakna,
kadar siraman anda akan lebih tepat dan anda boleh menambah bilangan
penitis untuk suatu panjang paip sub yang sama.

*** Dapatkan ‘Unit Online Converter’ di http://www.onlineconversion.com
untuk menukar LPM ke LPH dan sebagainya.

0 comments

Post a Comment