Laporan dari Tapak 1 Kini usia pokok buncis di tapak ini telah mencapai 32 hari atau 4 minggu 4 hari.Keadaan pokok agak baik dengan walaupon kini Taiping menerima hujan yg agak banyak.
Keadaan Pokok.Pada kali ini kami telah menggunakan 2 jenis benih iaitu biji hitam dan biji putih. Perbandingan yg jelas dapat dilihat kepada kedua2nya:-
1. Pertumbuhan - biji putih lebih cepat dan gebu pokoknya jika dibandingkan dengan biji hitam
2. Ketahanan - biji hitam lebih tahan dari serangan penyakit.
3. Penyemaian - Kadar kejayaan biji hitam untuk tumbuh lebih tinggi dr biji putih
4. Pengeluaran hasil - akan dikemaskini kelak
Kaedah Peracunan.Serangan Pelombong Daun Memandangkan keadaan lokasi yang menerima hujan yg banyak, beberapa tindakan yang telah diambil:-
1. Pelekat di gunakan
2. Jadual meracun dikerapkan kepada 2x seminggu.
Kami juga sedang dalam proses menggantikan racun kimia kepada racun organik.Insyallah hasil kajian akan di keluarkan tidak lama lagi.
Kaedah Pembajaan(Dalam tempoh percubaan)Oleh kerana faktor kewangan, kami telah menggantikan kaedah baja fertigasi dengan hanya menggunakan baja tabur NPK Blue.Namun penggunaan baja NPK Blue menyebabkan
1. pokok lecur-baja terlampau dekat dengan pokok di dalam polybag
2. masalah jadual pembajaan.
Penyelesaian kami berbentuk "try and error".Harap dapat orang yang lebih pengalaman memberi pendapat.
1. Cuba mencairkan NPK dengan kadar yang cepat.Paip 50mm dipotong sepanjang 1 inci dan dijadikan bekas baja di dalam polybag.Pen dripper dicucuk di tengah2 paip tadi.Sila rujuk gambaran di bawah.
2. Jadual Pembajaan mengikut kaedah konvensional iaitu pada minggu kedua,keempat dan ke enam.Pemerhatian keadaan pokok dan kadar ph media juga di ambil kira dalam menentukan jadual ini.
Penyelesaian ini setakat ini agak berjaya dan mampu mengurangkan kos baja.